Kegagalan Jantung 101

Kegagalan jantung di kalangan pesakit di Asia Tenggara
mempunyai beban komorbiditi tertinggi, terutama
diabetes mellitus dan penyakit buah pinggang kronik,
walaupun mereka lebih muda berbanding pesakit di Asia
Timur Laut1.

Apakah itu Kegagalan Jantung?

Kegagalan jantung berlaku apabila jantung tidak berfungsi dengan baik. Ini tidak bermaksud bahawa individu tersebut mengalami serangan jantung atau jantung mereka telah berhenti berfungsi – ia cuma tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan berkesan seperti yang diperlukan.

Lebih membimbangkan lagi, seperti yang dilihat dalam pendaftaran kegagalan jantung Malaysia, 56% pesakit yang dimasukkan ke hospital berada di kelas NYHA III/IV dan 14% memerlukan rawatan koronari atau rawatan intensif pada tempoh kemasukan2.

Kegagalan jantung tidak terhad kepada warga emas

Walaupun kegagalan jantung lebih lazim berlaku dalam kalangan warga emas, itu tidak bermakna anda tidak perlu risau jika anda masih muda.

Sesetengah orang mengalami kegagalan jantung pada usia yang lebih muda. Kegagalan jantung boleh berlaku disebabkan pelbagai masalah kesihatan lain yang boleh menjejaskan jantung.

Oleh itu, kita harus mengetahui simptom dan faktor risiko yang boleh menyebabkan kegagalan jantung.

 

Kegagalan jantung dialami oleh 64 juta orang di seluruh dunia3.

                                               

 

Dalam kalangan dewasa berumur 40 tahun dan ke atas, 1 daripada setiap 5 orang akan mengalami kegagalan jantung dalam hayat mereka4.

 

Umur purata pesakit kegagalan jantung di Malaysia adalah 60 tahun2.

                                               

 

Kegagalan jantung adalah penyebab utama kemasukan ke hospital bagi mereka yang berusia 65 tahun ke atas5.

                                               

 

Ia juga mempunyai kadar kematian yang sama dengan beberapa jenis kanser lazim lelaki (kanser prostat dan pundi kencing) dan wanita (kanser payudara)6.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                         

Tanda-tanda & Simptom Kegagalan Jantung

Kegagalan jantung tidak mudah dikesan. Sebilangan besar simptomnya tidak spesifik dan sukar dibezakan dengan masalah kesihatan yang lain. Ini menyukarkan pengesanan awal11,12.

Berikut adalah beberapa simptom biasa yang anda harus awasi:

Kesesakan nafas11,12

Bengkak - terutamanya di pergelangan kaki, tapak kaki atau bahagian kaki bawah11,12

Penat atau keletihan11,12

Denyutan nadi - terutamanya jika jantung berdegup kencang atau berdenyut11,12

Kurang selera makan dan rasa loya11,12
 

Batuk berterusan atau berdehit11,12
 


Sekiranya anda mengalami mana-mana simptom ini, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat.

Kami juga menyediakan sebuah alat bagi membantu anda memantau simptom anda.

KLIK DI SINI UNTUK GUNA ALAT PEMANTAU SIMPTOM

Bagaimanakah anda boleh mengalami kegagalan jantung?

Penyebab sebenar kegagalan jantung mungkin agak sukar untuk ditentukan. Kadang-kadang terdapat beberapa faktor penyumbang yang bergabung dan menyebabkan ia berlaku.

Berikut adalah beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan kemungkinan anda mengalami kegagalan jantung1,7,8,9:

                                               

 

 

Berusia lebih daripada 60 tahun

                                               

 

 

Sejarah penyakit jantung koronari atau serangan jantung

                                               

 

 

Hipertensi

                                               

 

 

Diabetes

                                               

 

 

Merokok

                                               

 

 

Pengambilan alkohol yang berlebihan

                                               

 

Satu kajian terbaharu menunjukkan bahawa golongan orang ramai tidak mengetahui penyebab utama kegagalan jantung. Dua daripada tiga orang tidak mengenali diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari sebagai faktor risiko utama10.

Di Malaysia, pesakit kegagalan jantung juga lazim menghidap masalah kesihatan lain seperti hipertensi (71%), kencing manis (59%), penyakit jantung iskemia (55%), dan penyakit buah pinggang kronik (30%) yang boleh membawa hasil yang lebih buruk2.

References

  1. MacDonald et al. J Am Heart Assoc. 2020;9: e012199. DOI: 10.1161/JAHA.119.012199
  2. NHAM MY HF Registry 2021 (interim data)
  3. GBD 2016 Disease and Injury Incidence and Prevalence Collaborators. Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 328 diseases and injuries for 195 countries, 1990–2016: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2016. The Lancet 390 (10100): 1211-1259.
  4. Lloyd-Jones DM, Larson MG, Leip EP, et al. Lifetime risk for developing congestive heart failure: the Framingham Heart Study. Circulation. 2002;106(24):3068-3072.
  5. Cowie MR, Anker SD, Cleland JGF, et al. Improving care for patients with acute heart failure: before, during and after hospitalization. ESC Heart Fail. 2014;1(2):110-145.Ambrosy AP, Fonarow GC, Butler J, et al. The global health and economic burden of hospitalizations for heart failure: lessons learned from hospitalized heart failure registries. J Am Coll Cardiol. 2014;63(12):1123-1133.
  6. Mamas MA, Sperrin M, Watson MC, et al. Do patients have worse outcomes in heart failure than in cancer? A primary care-based cohort study with 10-year follow-up in Scotland. Eur J Heart Fail. 2017;19(9):1095–1104.
  7. American Heart Association. Causes of heart failure. Available from: https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/causes-and-risks-for-heart-failure/causes-of-heart-failure. Accessed 18 September 2020.
  8. Savarese G, Lund LH. Global Public Health Burden of Heart Failure. Card Fail Rev. 2017 Apr;3(1):7-11.
  9. He J, Shlipak M, Anderson A, et al. Risk Factors for Heart Failure in Patients With Chronic Kidney Disease: The CRIC (Chronic Renal Insufficiency Cohort) Study. J Am Heart Assoc. 2017;17;6(5):e005336
  10. AstraZeneca PLP. Data on File. ID: REF – 74964. March 2020
  11. NHS. Symptoms of heart failure. Available online at: https://www.nhs.uk/conditions/heart-failure/symptoms/. Last accessed August 25 2020.
  12. Mayo Clinic. Symptoms of Heart Failure. Available online at: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-failure/symptoms-causes/syc-20373142. Last accessed August 25 2020.